OKTOBER 2023

Lembaga Pelabuhan Bintulu Sudah Di Serah Kepada Sarawak


BINTULU - Premier Sarawak YAB Datuk Patinggi Tan Sri Abg Johari bin Tun Abg Openg merakamkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan atas penyerahan Lembaga Perlabuhan Bintulu ( BPA) kepada Kerajaan Sarawak dan juga peruntukan bajet tahun 2024 sebanyak RM5.8 Billion tidak termasuk dari setiap Kementerian Persekutuan serta peruntukan Infrastrukur Jalanraya Sabah/Sarawak Link, sektor Pendidikan dan penubuhan pusat Kanser bersama kerajaan persekutuan. 

Beliau menyatakan demikian semasa merasmikan Konvesyen Khas Zon Utara bertempat di Dewan Suarah Bintulu yang dihadiri oleh lebih 2000 orang perwakilan darpada 19 buah Cawangan PBB Zon Utara. 

Kata beliau lagi, bahawa Konvesyen Khas PBB Zon Utara adalah wadah kepada para pemimpin akar umbi Parti PBB di sebelah utara Sarawak untuk mereka tahu dan faham dasar baharu kerajaan GPS melalui dasar PCDS2030 dan berkongsi kepada rakyat di kawasan masing-masing.

Tambah beliau lagi, kesuburan tanah di Kawasan Zon Utara mempunyai potensi besar dalam pertanian khususnya penanaman padi benih hibrid baharu yang telah berjaya di tanam di Lubuk Pungur, Gedong. 

Selain itu, Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan sudah mempunyai perancangan strategik pembangunan Infrastrukur Jalanraya, bekalan elektrik dan bekalan air bersih dan juga kerjasama dengan Kerajaan Brunei. 

Dengan Pembangunan secara seimbang dan bersepadu di seluruh Sarawak, maka beliau yakin menjelang tahun 2030 tiada lagi istilah Pendelaman di Sarawak setalah dinaik taraf Infrastrukur dan pembanguna sumber manusia di luar bandar kelak.

Turut hadir Isteri Premier Sarawak, Ybhg Datuk Amar Puan Sri Hajjah Jumaani bt Tun Tuanku Haji Bujang, YB Datuk Awang Tengah bin Ali Hassan, Timbalan Premier Sarawak merangkap Timbalan YDP PBB Sarawak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Naib YDP PBB Sarawak YAB Dato Sri Fadillah Haji Yusuf, Pengerusi Tetap PBB Sarawak YB Datuk Amar Tan Sri Awang Asfia bin Nassar, Naib-Naib YDP PBB Sarawak, MKT PBB Sarawak, Ketua-ketua Cawangan PBB Zon Utara dan kenamaan lain.

Sumber dari : Sarawakku